Pokok Bunga Kertas (
bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai
bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan
tropika yang sangat popular. Berasal dari
Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan
daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-
dahan yang menarik.
Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti
kertas. Nama Inggeris dan
genus pohom berbunga ini iaitu Bougainvillea dinamakan sempena
Louis-Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut
Perancis. Pokok bunga kertas tergolong dalam
famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28
genus dan 250
spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di
Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak
kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna
kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok
bonsai renek.